Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEEMPAT Pantang Larang

Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.

3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.

4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.

5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.

6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Pantang Larang Bayi

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.

2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.

7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.

8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KETIGA Pantang Larang


Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
Sebab: Hendak makanan yang bagus untuk bayi yang berada di dalam perut ibunya.
Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
Sebab: Jangan makan makanan yang tidak sedap, nanti ada sakit perut.


Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Sebab: Mereka tidak mahu pengatin baru untuk ada wajah yang tidak cantik.


Monday, July 12, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEDUA Pantang Larang

CONTOH PANTANG LARANG

Pantang Larang:
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
Sebab:
Untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.

Pada pendapat saya, anak dara yang menyanyi di dapur akan memasak makanan yang tidak enak

Pantang Larang:
Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
Sebab:
Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.

Pada pendapat saya, seseorang yang merantau kemana-mana boleh diculik or dirogol.

Pantang Larang:
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis
Sebab:
Ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.

Pada pendapat saya, ada anak kecil di Afrika atau negeri lain yang tidak ada duit untuk membeli makanan..

Sunday, July 11, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI PERTAMA Pantang Larang

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.

Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun Orang Melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain dan juga sembahyang.



Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.